Rabu, 2009 Disember 09

Alim ahli neraka..

Masa begitu suntuk untuk mengupdate blog. Tanpa artikel yang baru kadang-kadang aku merasakan itu satu kerugian yang besar. Apa tidaknya, blog yang boleh diakses oleh berjuta manusia seluruh dunia boleh dijadikan saham untuk meraih keredhaan Allah.

Tiada perkara yang menarik yang aku nak kongsikan disini. Badan begitu letih mengikuti latihan pada kali ini. Masa rehat kurang apetah lagi masa tidur. Semakin mengecil demi memenuhi objektif latihan.

Apapun latihan pada kali ini cukup enjoy dan menarik. Sejak kedatangan ketua jurulatih yang baru banyak perubahan di dalam Palapes UPSI. Suka dengan karisma dan kematangan yang ditunjukkan sebagai seorang Ketua Jurulatih semoga menjadi ikutan apabila memimpin sesuatu organisasi di esok hari.

Aku masih ingat pertemuan sulong di markas bersama Ketua Jurulatih Mejar Nasir beliau mengigatkan aku supaya mengamalkan solat tahajud. Kita akan makin dekat dengan Allah. Disaat orang lain nyenyak melayan nafsu tidur kita pula bersengkam mata demi mencari secebis redha Allah yang sememangnya amat-amat dituntut oleh setiap manusia.

Tidak kira kamu siapa, Perdana Menteri kah kamu, Ulama kah kamu, Ustaz kah kamu, bekas penyangakkah kamu, nak mencari syurga Allah hanya dari satu jalan iaitu redha Allah.

Aku begitu takut kalau-kalau tergolong dalam kalangan orang alim yang menghuni neraka Allah. Siapakah orang alim yang menghuni neraka Allah itu???

Read more...

Khamis, 2009 Disember 03

Pengalaman yang sentiasa datang..

Ruang masa sejenak untuk mengupdate blog yang sudah beberapa hari tidak diupdate. Kini masa begitu sibuk dengan latihan berterusan Palapes. Masa cukup suntuk dan amat-amat berharga. Tapi Alhamdulillah pada kesempatang dipertengahan malam yang mengamit seribu mimpi untuk insan bernama manusia masih semapt untuk aku mencoretkan sepatah dua luahan fikiran aku kat sini.


Kini latihan Palapes sudah masuk hari ke-2. Urat-urat badan sudah mulai merasai ‘kenikmatan’ latihan. Dengan kulit muka yang sudah mula membakar, mata yang sudah mula cengkung namun aku gagahi juga untuk meneruskan kedatangan hari yang menuntut seribu satu kesabaran dalam menghadapi latihan ini. Apa pun latihan pada kali ini cukup seronok walaupun meletihkan. Barangkali otak sudah terboasa dengan tekanan mental.


InsyaAllah esok kalau tiada aral melintang kami semua warga Palapes UPSI senior bakal berkunjung ke Port Dickson untuk melawat Pusat Latihan Amor yang bertempat disana. Sudah semestinya itu suatu aktiviti lawatan yang menyeronokkan kerana bukan mudah untuk orang-orang biasa merasai pengalaman sebegini.


Masuklah tentera untuk merasai pengalaman sebegini. Dalam agama kita ia mungkin disebut sebagai Tarbiyah Jundiyyah yang mana kita boleh baca di dalam buku yang ditulis oleh ulama-ulama haraki Islam. Semoga keterlibatan aku dalam palapes menjadi satu tapak baru untuk melompat lebih jauh lagi dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar ini.

Read more...

Ahad, 2009 November 22

Kita sudah mempunyai jalan yang gersang..

hahaha..baca jangan tak baca.buku ATAS NAMA KEBENARAN cuba dihabiskan aku sepanjang program. Merungkai kejahilan puak2 Islam Liberal dan ancamannya..
Membahaskan modul yang bakal dijalankan, membuat perincian dan penyusunan selengkapnya.


Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menamatkan Kursus Rakan Pengerak Ad-din yang dianjurkan oleh Pusat Islam selama 3 hari 2 malam di Janda Baik,Bentong (agak special nama tempat ini).



Besar harapan Ustaz Rosli Ketua Pusat Islam agar program ini berjalan dengan lancar tanpa ada halangan yang cuba membatasinya. Tetapi sememangnya kalau dah kerja ini melibatkan kerja agama Allah pasti akan ada kesusahan dan mehnah dalam nak memperjuangkannya. Biasala tu kan. Nabi sendiri sebagai kekasih Allah yang paling Allah cintai pun membawa Islam dengan segala macam ancaman, segala macam mehnah, segala macam kejian tidak cukup dengan itu fizikal nabi juga disakiti. Apatah lagi kita sebagai hamba Allah yang tidak mempunya keistimewaan apa-apa melainkan seorang yang cuba mencari redha Allah. So bersedialah dalam segenap hal.



Apa pun aku sendiri jauh disudut hati mengucapkan berbanyak terima kasih kepada HEP UPSI terutamanay TNC HEPA Prof Syah kerana memainkan peranan penting dalam menjayakan program Rakan Pengerak Ad-din. Itualh komitmen universiti dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran yang ‘aman’ di UPSI.



Tiada gaji yang diharapkan. Tiada elaun yang ditunggu atau ditagih. Hanya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang yang membuka jalan Islam iaitu jalan dakwah ini di UPSI. Sungguh besar pahala kepada orang yang merancang program ini dan orang yang meluluskan prgram ini. Semoga sentiada di dalam rahmat Allah dan sentiasa berada di jalan yang benar.



Menjadikan Islam bukan sahaja agama amal ibadat malah sebagai cara hidup dengan setiap aspek ditiru, dicelup, ‘dicopy’ daripada panduan agama. Nabi pernah berpesan kepada kita agar sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah agar diri sentiasa berada di jalan yang benar (kalau pegang separuh-separuh tak leh ke?hehe).



Jalan dakwah ini semakin luas terbuka di UPSI. Hanya kita yang mempunyai fikrah harus mengambil peluang untuk menjadi pendokong yang utuh tanpa fikir penat dan lelah. Ini satu kesempatan, ini satu jalan untuk mencari pulangan harta yang cukup besar di Akhirat kelak. Sekurang-kurangnya senang untuk bersoal jawab di hadapan Allah apabila ditanya apa yang sudah dibuat untuk agamaNya. So sendiri mau ingatlah!!



Mungkin perancang program, pelulus program dan pendokong program ini bakal dihantar ke syurga terus??????

Read more...

Khamis, 2009 November 19

Program lagi..

InsyaAllah pagi ini aku akan ke Janda Baik. Tujuannya bukan untuk mencari makcik-makcik janda tetapi ingin mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Islam UPSI. Semoga mendapat sesuatu yang baru di dalam kursus selama tiga hari ini.

Jumpa disana…

Wassalam..

Read more...

Hidup dalam mencari erti yang sebenar..

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku berjuang dengan mata pen dan pensil untuk menguji kandungan ilmu yang berlegar-legar di kepala saat ‘study’ hanya last-last minute. insyaAllah ilmu-ilmu itu mesti diperteguhkan semula dengan mentelaah di kemudian hari. insyaAllah..



Hari ini aku masih berkesempatan untuk berlegar-legar di alam maya meneliti kerenah manusia yang tidak pernah sunyi dengan berbagai kerenah. Orang politik dengan kerenah politiknya, orang seni dengan kerenah hiburannya, orang kampung dengan kerenah masyarakatnya, bencana dengan mehnah dan ujiannya sama-sama mencorakkan dunia dengan berbagai ragam. Sesekali pening aku untuk menilai sesuatu setelah maklumat yang masuk ke dalam kepala saling bercanggah. Jari dan fikiran terus ligat mencari maklumat dan kebenaran untuk santapan ‘nafsu’ akal. Itulah yang seharusnya ada dalam setiap diri manusia. Kebenaran harus dicari bukannya menjadi pencacai bodoh taklid buta terima ilmu dalam sumber yang terhad.



Berkunjung ke blog seorang penulis yang aku sanjungi saudara Sayuti Omar (MSO). Tulisan kritisnya terhadap politik memang menyedapkan dan menyelerakan untuk dibaca. Tulisan-tulisan kritis terhadap sesetengah individu yang menjadi wayang didalan persada politik negara harus direnungkan. Asalkan tidak menimbulkan persepsi salah dan fitnah sudahlah. Letih sudah aku berfikir pasal persepsi yang sering mendahului kebenaran yang asli. Tengoklah tak pelik parti akan PAS hancur kerana persepsi.Nauzubillah.. jauhkan daripada segala persepsi buruk.



Masa masih ada beberapa hari lagi untuk terus menetap di kolej dan selepas itu aku akan balik ke kampung untuk bersama keluarga menyambut ketibaan hari Mulia Hari Raya Haji. Sudah tidak sabar rasanya ingin meratah lazat daging-daging lembu. Tapi perlu diingat pemakanan aku harus dikawal kerana 3 hari selepas hari raya latihan ketenteraan fasa berterusan akan bermula. Aduh!!! Seronok.. tak sabar rasanya kena lanyak dan mendera badan dengan latihan-latihan fizikal..huhuhu..



Kini kerinduan kepada keluarga aku makin mencengkam. Rindu dengan senyuman manis adik-adik dan melihat kematangan mereka dalam proses mengenali identiti diri. Harapan aku agar mereka sentiasa membina diri dengan panduan daripada agama Allah yang agung dan sentiasa menyiapkan diri untuk meneruskan perjuangan yang masih panjang. Perjuangan apa??? Ermm… Entahlah… sendiri fikirlah. Mungkin perjuangan untuk menghilangkan senarai nama sebagai ahli neraka yang bakal dibakar di dalam ap neraka yang panas membara.



Yup.. itu lah perjuangan yang seharusnya dipandang berat. Lebih berat lagi daripada isu politik, lebih berat lagi daripada isu posting, lagi berat daripada memikirkan masalah wanita dan lain-lain. Tetapi berapa ramai orang yang lebih suka memberatkan diri dengan hanya memikirkan masalah dunia. Pastinya dunia akan kiamat dan janji Allah itu adalah benar. Aduh pedih sebenarnya hendak menulis ayat-ayat ini takut diri aku terdiri dalam kalangan manusia yang hanya tahu bercakap tapi tidak dibuat apa yang dicakap. Tapi sedarlah sahabat-sahabiah sekalian penulisan yang semacam inilah sebenarnya lebih cepat menikam ke dalam lubuk hati aku daripada aku dengar syarahan daripada orang lain.

Read more...

Ahad, 2009 November 15

2 golongan wanita..


Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim.

Bagi wanita 'bebas' perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.

Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di 'cocktail parties', menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku seks. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan. Wanita 'bebas' menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.

Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.

Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.

Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca kitab suci al­-Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.

Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan hatinya dan sebagai galakau untuk menambahkan lagi amal soleh.

Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.

Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

Kesimpulan dari kedua kisah di atas dapat dinyatakan bahawa, wanita dunia ini lebih bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan kawan biasa atau pakwe sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan tangan dianggap perkara biasa dan sanggup menggadaikan maruah dan tubuh badannya kerana cinta dan sayangkan teman lelakinya.

Apabila mengandung menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang sah diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu kedalam tong sampah, kedalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.

Bagi wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun, kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan agama menirunya dengan alasan “ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa saya pakai tidak boleh”. Adakah ini semua islam sekular, liberal, Islam moden atau sebagainya.

Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini, adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam berfesyen dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan alur tubuhnya, ada yang pakai tudung tapi tangan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi dadanya terdedah, adakah ini fesyen Islam?

Mari kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fesyen sehingga kita lupa kepada batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redho Allah dari redho manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal apabila dihari perhitungan nanti.

(*) pendakwah bebas - sumber (link)

Read more...

Sabtu, 2009 November 14

Laskar Pelangi dan pernagai Yahudi Manusia


Hidup ini adalah perjuangan……

Banyak dugaan dan cabaran..



Alhamdulillah dikesempatan ini masih sempat aku untuk menghayati filem Laskar Pelangi. Sebuah filem yang mengisahkan kehidupan yang sarat dengan perjuangan dan mencari keadilan yang sebenar. Filem yang berasal daripada Indonesia itu mengisahkan sekumpulan pelajar dan 2 orang guru yang gigih membangunkan sekolah mereka. Boleh dikategorikan sebagai sekolah agama rakyat yang mana keadaannya serba daif dan cukup memalukan. Sekolah yang mungkin dianaktirikan kerajaan Indonesia kerana dasar sekolah itu yang tidak ‘sebulu’ dengan kehendak kerajaan. Biasalah perkara itu terjadi. Bukan sahaja di Indonesia malah di Malaysia sendiri perkara itu terjadi dan pernah menimpa diri penulis semasa di alam persekolahan dahulu.



“Memberi sebanyak-banyaknya dan jangan kita menerima sebanyak-banyaknya” itulah prinsip hidup yang dipegang oleh guru di sekolah Muhammadiyah di dalam filem Laskar Pelangi. Asasnya ialah keikhlasan hati yang datang dari hati yang betul-betul melakukan kerja ingin mencari redha Allah, ingin mencari kepuasan hidup bermasyarakat, ingin membantu masyarakat, ingin membentuk masyarakat yang madhani dari segi akhlak dan spiritual. Kegigihan.. itulah point utama yang ingin disampaikan oleh filem ini. Itulah sifat utama yang dipegang oleh 2 orang guru tersebut. Tidak pernah kenal erti penat dan lelah walaupun kerja yang dibuat sudah berbulan tidak dibayar gaji. Itulah asib guru sekolah agama rakyat. Bila melihat situasi giru-guru tersebut aku teringatkan zaman persekolahan aku dahulu. Guru-guru yang betul-betul berjuang untuk meletakkan akhlak di dalam diri pelajar-pelajar. Sanggup mengadakan kelas petang tanpa bayaran. Bila ditanya mengapa cikgu tidak ambil bayaran daripada pihak sekolah spontan dia menjawab Allah yang akan membayar kita. Yang penting pelajar-pelajar ingin belajar dan ingin mengapai sinar pelangi. Teringat aku kepada guru-guru di Sekolah Menengah Agama Arab Syamsul Maarif Lelaki. Banyak sangat kenangan disitu walaupun aku Cuma berada semala 3 tahun disekolah tersebut sebelum melanjutkan pelajaran tingkatan 4 dan 5 di Maahad Muhammadi Lelaki. “guru-guruku.. Jasamu akan sentiasa ku kenang. Perjuanganmu akan sentiasa dirintih di dalam doaku” Amin!!



Anak-anak murid yang nakal menjadi watak utama di awal filem Lasakar Pelangi. Mereka yang datangnya daripada keluarga yang susah ingin menagih secebis ilmu disekolah agama rakyat. Setiap diri mereka mempunyai minat yang tersendiri. Ada yang meminati muzik, ada yang minat membaca, ada yang gila cinta dan banyak ragam lagi. Akhirnya ragam mereka, perangai mereka dibasuh dan dicantum menjadi satu. Mereka begitu gigih mencari ilmu. Tidak kenal penat dan susah walaupun berada disekolah yang sangat daif. Berada di dalam bangunan yang mungkin esok atau lusa akan runtuh. Bila runtuhnya bangunan itu bisa menghempak tubuh mereka dan akhirnya mereka Syahid semasa menuntut ilmu. Tapi mereka tidak peduli semua itu malah tidak pernah terfikir dalam diri mereka. Yang penting mereka ingin membina sahsiah dalam diri, membina ilmu dalam diri tanpa disogokkan dengan bantuan material. Tiada bangunan yang indah, tiada kerusi meja yang selesa. Mungkin kerusi dan meja yang mereka guna usianya sudah berpuluh-puluh tahun. Mungkin juga kerusai dan meja itu pun bantuan daripada mana-mana pihak. Mustahil untuk membeli yang baru. Memang mustahil. Usahkan meja, membeli kapur pun berhutang dengan taukeh cina. Daifnya kehidupan mereka. Ya Allah bantulah sekolah agama rakyat.


Kemiskinan mencengkam kehidupan mereka. Fasiliti di sekolah tidak menjadi harapan mereka. Yang penting keikhlasan hati. Orang yang ikhlas sebegini kerap dijuji Allah. Itu tandanya Allah sayang mereka. Bila ujian tiba ibarat suatu bonus daripada Allah kea atas diri mereka. Ibarat ayah atau ibu kita yang mendapat bonus hari raya daripada majikan. Gembira bukan kepalang dengan bonus yang diterima. Si ayah dan si ibu lantas membawa anak-anak menukar pakaian baru, baju sekolah baru, segalanya baru kerana bonus yang diterima. Tetapi bagi anak-anak Laskar Pelangi ini bonus mereka amat berbeza sekali. Bonus yang mereka terima kadang-kadang boleh menempah kegundahan dan putus asa. Jasad bisa lemah dengan bonus anugerah Allah ini. Tetapi tidak mereka. Bonus itu mereka terima dengan sabar dan berlapang dada. Otak mereka bergeliga dan semakin ligat dan bijak dalam menghadapi ujian Allah itu. Kini salah seorang guru mereka mati. Bagaimana mereka bisa meneruskan pengajian yang serba kekurangan itu dengan seorang guru? Oh Tuhanku betapa tabahnya mereka. Kuatnya hati mereka. Itulah bonus anugerah Allah. Anugerah ketabahan dan ketekunan yang memang tidak akan dimiliki oleh sesiapa pun kecuali orang yang beriman dan bertakwa.



Guru mereka sekarang tinggal seorang. Anak dara yang cantik lagi baik hati itulah guru mereka. Senyuman yang menawan, lemah lembut dan mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi itulahsatu-satunya guru mereka yang tinggal disekolah Muhammadiah itu. Susah senang akan ditempuhi bersama dengan guru itu. Tetapi betapa Allah mahu menguji mereka semua guru mereka yang comel dan baik itu sudah patah hati untuk mengajar kerana kematian ‘PAK’ orang tua otai yang selama ini begitu gigih memberi nafas untuk sekolah Muhammadiah.



Sekarang apa guna lagi berada disekolah? Termenung mereka disekolah kerana ketiadaan guru. Harapan mereka makin lemah jatuh merudum di dalam kemiskinan diri mereka. Apakah masa depan mereka hanya sebagai kuli kepada golongan kaya dengan hasil titik peluh yang tidak seberapa? Alangkah besar ujian yang mereka tempuhi. Tetapi mereka masih beruntung. Di dalam kelemahan diri itu masih ada lagi jiwa saudara mereka yang masih kuat dan utuh. Masih ada lagi yang sudi berjihad untuk menuntut ilmu. Berjihad dengan sehabisnya mengunakan tulang empat kerat dan kepala otak ‘budak’ anugerah Allah itu. Mereka bina kembali keyakinan mereka, kuatkan azam mereka dan mereka tekad untuk berjaya dan menjadi hebat dengan meletakkan nama sekolah mereka sebaris dengan sekolah-sekolah kerajaan. Lintang menjadi penyelamat. Lintang gagah melangkah utnuk merubah nasib hidup mereka dengan kekuatan ilmu. Litnang menjadi guru dalam kelas mereka. Kawan mereka yang sebaya dengan mereka bertindak menjadi guru demi menyelamatkan masa depan mereka. Kini mereka lebih tekun. Situasi ini begitu menyentuh hati diri penulis kerana pengalaman sebegini penulis telah lalui zaman persekolah dahulu berada di sekolah Agama. Semasa zaman pemerintahan Tun Mahathir Mohammad kerajaan Malaysia menarik bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat. Guru-guru bantuan juga ditarik. Penulis merasai sendiri keadaan kelas yang tidak mempunyai guru. Untuk kelas sains dan matematik kelas kami kosng tanpa guru. Alangkah malangnya kami kerana berada disekolah agama yang menjadi musuh si bangsat durjana kerana pemikiran politik sempit mereka. Tetapi perkara itu tidak mengoyahkan kami anak-anak muda yang sayangkan Islam. Antara kawan-kawan kami ada yang menghadiri kelas tuisyen dan merekalah yang bertindak sebagai guru di dalam kelas. Setiap hari kami bersolat hajat di surau sekolah memohon doa diberi kejayaan dan agar dibuka pintu hati kepada orang yang memeusihi golongan yang bersekolah di sekolah agama.



Alhamdulillah doa kami diperkenankan oleh Allah. Hasil usaha kami walaupun tanpa guru sains, matematik dan kemahiran hidup kami berjaya mencipta rekod cemerlang untuk sekolah kami. Sekolah kami antara yang terbaik keputusan PMR disekolah sekitar Machang dan mampu mengugat keputusan sekolah-sekolah kerajaan. Maha suci Allah dengan kelebihan yang diberikan.



Anak-anak filem laskar pelangi gigih mengejar cita-cita. Mereka membina diri mereka dengan ilmu dunia yang disaluti dengan ruh Islam. Akhirnya walau di mana mereka dicampak mereka bisa hidup di dalam batasan syariat Allah. Kenal mana halal mana haram, kenal mana hak mana batil. Merekalah yang bakal bertebaran dan berbaiah untuk berjuang di atas agama Allah. Agama sekalian Alam.



Jam sudah menunjukkan tepat pukul 5 pagi. Mata tidak lagi mengantuk. Penulis mula memikirkan nasib diri dan masa depan yang cukup panjang. Hanya buku sebagai teman. Buku ditatap sehingga masuk waktu subuh. Nikmatnya menagih simpati ilmu… Allahu rabbi…

Read more...

Khamis, 2009 November 12

Mufti, Ulama perlu dapat kebenaran untuk berceramah - JAIS

SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) — Para ulama dan mufti perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terlebih dahulu sebelum dibenar menyampaikan ceramah agama ataupun khutbah di negeri ini walaupun mereka menerima pengecualian tauliah JAIS.


Pengarah JAIS Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata pengecualian tauliah kepada mereka yang ingin mengadakan ceramah atau khutbah di Selangor hanya diberikan kepada golongan tertentu antaranya ulama, mufti negeri, jawatankuasa fatwa, Hakim Mahkamah atau Pendaftar Mahkamah Syariah serta Menteri atau Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam.


"Memang ada pengecualian syarat tauliah diberikan kepada individu tertentu tetapi untuk menyampaikan khutbah atau ceramah di Selangor, mereka yang dikecualikan juga perlu mendapatkan kebenaran daripada JAIS, bukannya boleh terus buat begitu saja.


"Bagi penceramah bebas, mereka tidak tertakluk kepada pengecualian ini dan perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS,” katanya ketika ditemui pemberita pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini. - Bernama



sumber



Aduh.. leceh betol nak menyampaikan Islam di negara Islam. Orang yang memang disahkan mempunyai kredibiliti dan ilmu agama yang tinggi pun perlu kebenaran.


Itulah watak-watak bangsat dalam menjatuhkan Islam. Berada dalam sebuah badan bertag Islam tetapi menjadi musuh besar dalam kerja dakwah. Sampai bila orang Islam akan berada dalam kerugian macam ini. Alangkah ceteknya akal..


Apa yang nak dihalang lagi? Ulama, mufti sememangnya mempunyai ilmu agama yang tinggi, kenapa perlu diminta kebenaran untuk buat kerja dakwah..


Jikalau nabi Isa turun di Malaysia perlukah nabi Isa mohon kebenaran daripada JAIS untuk berdakwah??


Sama-sama kita fikirkan...

Read more...

Selamat pagi cinta...

Segalanya syukur kepada yang maha pencipta mengizinkan oksigen teus meresap ke dalam tubuh aku, roh masih lagi berpadu utuh dengan jasad. Kesihatan anugerahnya yang menjadi amanahnya. Keceriaan, ketenangan hati, kepedihan, kesakiran, kerisauan yang saling berlumba0lumba mendominasi dalam diri. Walau didatangkan apa badai sekalipun diri ini tetap akan menempuhinya kerana sedar hakikat sebenar cinta dan kasih sayang yang paling abadi dan mulia itu milik Allah.



Hari demi hari aku tempuhi dengin segigih mungkin. Badai ombak aku tempuhi ranting-ranting duri tajam yang acap kali menikam diri ini menyedarkan aku kepada kasih sayang Allah yang tidak pernah lekang kepada makhluknya. Setinggi mana ujian setinggi itulah sayangnya Allah pada makhluknya. Ujian Allah bukan pemusnah tetapi sebagai tonik berbisa untuk menguatkan hati. Alangkah aman dunia ini kalau semua manusia sedar itulah hakikat cinta Allah. Cinta yang paling abadi dan paling agung.



Cinta manusia dinilai dari segi zahirnya. Apa yang nampak dimata itulah tahap cinta manusia kepada manusia yang lain. Tiada manusia yang cintakan manusia lain tetapi tindakannya menyusahkan manusia lain. Jikalau tindakan itu menyusahkan sekalipun akan dijustifikasikan setiap kesusahan itu. Itulah cinta manusia. Cinta pada zahir sahaja. Cinta manusia tidak ke mana…


Alhamdulillah malam ini aku sempat meluangkan sedikit masa menonton movie Selamat Pagi Cinta. Sebuah movie yang sarat dengan tema cinta dan kasih sayang antara dara dan teruna dan juga antara suami isteri. Movie yang mengisahkan dua kisah dalam satu itu mengambarkan cinta manusia yang dihasilkan daripada tindakan-tindakan yang menyenangkan hati. Ayat-ayat romantis menjadi halwa telinga penyedap hati dan terus mengikat hati atas dasar cinta manusia berbeza jantina. Akhirnya pasrah dengan ketetapan ilahi yang mereka tidak boleh bersama selamanya. Si teruna kecewa kerana si dara pujaannya berkahwin dengan orang lain. Si isteri bersedih pabila Allah lebih awal menjemput suaminya bertemu dengannya. Tetapi itulah ketetapan ilahi. Ketetapan yang dibuat kerana cintanya Allah kepada makhluknya. Tapi siapa yang peduli cinta Allah? Cinta yang tidak pernah disedari akan kehadirannya. Cinta yang hadir dalam bentuk lain yang hanya dapat difahami oleh orang-orang yang dapat menganalisis ilmu-ilmu Islam. Cintanya Allah ter hadap Rasulullah maka dibiarkan Allah akan penduduk Taif membaling batu sehingga berdarah batang tubuh Rasulullah. Cinta Allah kepada rasulullah sehingga patah gigi geraham Rasulullah dan ramai sahabat beliau mati di dalam di dalam peperangan. Cinta Allah kepada Rasulullah tidak pernah Allah memberi sedetik rasa kepada Rasulullah untuk hidup di dalam kemewahan sesuai dengan tarafnya sebagai pemimpin agung yang memimpin seluruh umat manusia. Dari satu sudut ada orang mempertikaikan itukah cinta Allah kepada kekasihnya? Apatah lagi kepada kita sebagai hambanya yang sudah pastinya tidak mempunyai sebarang keistimewaan berbanding nabi? Hendak menyelami cinta Allah itu tidak boleh dibuat secara logik tetapi mestilah dengan bimbingan wahyu. Cinta Allah yang maha agung.


Jodoh, ajal, maut ditangan Allah. Itulah pengajaran terakhir daripada movie ini. Andaikata aku berkahwin kelak dan ditakdirkan isteri aku lebih dahulu bertemu dengan sang pencipta apa yang terdetik di hati aku pada ketika itu? Ish!!! Sangat susah untuk mengagak kata hati dan sangat susah untuk berhadapan ddengan perasaan. Ia mudah untuk bercakap tetapi agak susah untuk menghadapi saat yang sebenarnya akan berlaku..


Apa pun untuk movie ini malam ini 5 stars..


Wassalam…..


Bercinta dan berkasih sayang untuk selamanya…….

Read more...

Selasa, 2009 November 10

Nik Aziz minta Asri bersabar, tulis buku


KOTA BHARU - Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin mendapat sokongan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menasihati beliau supaya bersabar dan terus menulis dengan bersungguh- sungguh.

Menurut Mohd. Asri, kunjungan hormatnya ke pejabat Nik Aziz semalam tidak bersangkut paut dengan niat untuk menyertai parti politik seperti Pas.

"Tok guru (Nik Aziz) menasihatkan saya supaya bersabar serta terus menulis dengan bersungguh-sungguh dan boleh guna tema 'Di sini Saya Bermula'.

"Beliau berkongsi dengan saya pengalamannya. Zaman menuduh kaum muda atau Wahabi telah dilalui oleh beliau sendiri pada satu ketika dulu, sekarang ia berulang terhadap saya,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di pejabatnya di sini semalam.

Ditanya mengenai lawatannya itu, menurutnya, ia tanda terima kasihnya kepada Nik Aziz yang memberi sokongan kepadanya selepas isu penangkapan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang berlaku terhadapnya baru-baru ini.

Mohd. Asri tidak menolak kemungkinan menyertai parti politik sekiranya kebebasannya dalam bersuara menyampaikan ajaran agama Islam terus disekat.

sumber:

Bila baca kisah Dr Asri aku teringatkan sejarah Tok guru Nik Aziz semasa beliau mula menceburkan diri dalam berdakwah di Kelantan. Selalu berlaku pertembungan antara idea Tok Guru dan juga ulama-ulama dari pondok.

Bila Tok Guru masuk ke arena Politik Islam lantas beliau menjadi pemimpin hebat dan digeruni kawan dan lawan. Geliga otak tok guru dalam seni politiknya begitu hebat dan kadang-kadang diluar dugaan.

Kalaulah Dr Asri masuk politik tak kiralah PAS atau UMNO mampukah beliau mencuri watak revolusi tok guru Nik Aziz??

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.